Monday, May 30, 2011

Marah: Emosi yang berapi

Grrr....!!  Marah,marah,marah.!!


Satu daripada emosi yang jarang benar melekat di badan saya. Sekalipun saya marah, tak akan ada orang tahu. Kalau saya marah, hampir tiada orang sekeliling yang akan menerima tempias kemarahan saya. (‘hampir’?, ok, maknanya akan ada juga yang terkena, TAPI akan cuba dielakkan) Saya lebih suka simpan sendiri kalau saya marah. (sebab itu muka jadi merah, urat rasa tegang, tangan terketar-ketar,dada jadi sesak...bahaya ni) Malah, salah satu hadis daripada hadis 40, ketika ada seorang pemuda yang meminta wasiat atau pengajaran daripada Rasulullah SAW, baginda bagi satu je nasihat yang ringkas namun tegas iaitu,

“Janganlah engkau marah”. (dan mengulanginya beberapa kali) –hadis riwayat Bukhari-

Dalam usaha mengikut nasihat baginda, adalah sesuatu yang dibuat untuk menghilangkan kemarahan tersebut. Marah tidak boleh disimpan lama-lama. Nanti ‘meletup’,susah diri, susah orang sekeliling. Dalam konteks lain, tak boleh kalau tak marah sebab memang perasaan marah ialah tabiat manusia yang tak dapat dihapuskan. Apa yang boleh dibuat ialah kawal kemarahan tersebut. Bagi saya pula, semasa marah, secara tak sedar saya akan

Lempar telefon. (sesuatu yang mula saya praktikkan sejak saya rasa nak beli telefon baru), perlakuan yang merugikan, kerana baru tadi saya lempar telefon saya dan telefon tu masih tak dapat digunakan. =’( (eh? Dah boleh beli telefon baru la ni maknanya?)

kemudian, menangis, air mata yang keluar masa ni ialah air mata yang keluar untuk menahan kemarahan, lagi baik buat macam ni daripada pergi pukul orang yang berkenaan (isy, jangan dibuat!)

mood bercakap hilang serta merta (sesiapa tegur akan dapat balasan yang dingin, huh)

ambil wuduk, istighfar. Astaghfirullahal’azim..(ingat Allah), kalu boleh mandi terus. Marah dari syaitan. Syaitan dari api. Nak padamkan api, kena guna air.

muhasabah diri. Interview diri sendiri, kenapa saya marah? Layakkah saya marah? Tenangkan diri.
Abu Dzar al Ghifari berkata : Rasulullah pernah berkata kepada kami, “Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri, maka hendaklah dia duduk untuk menghilangkan kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang, maka hendaklah dia berbaring”
Kalau tak hilang juga, baik tidur je. Nanti bangun, lupa semua.

Terfikir juga, kenapa saya tulis macam ini. Sebab saya marah? Memang saya sedang marahkan seseorang. Alhamdulillah, marah itu hanya sementara. Just forgive and forget. Saya harapkan kemaafan dari semua, dan saya sentiasa maafkan kalian. Tapi, walaupun memberi kemaafan itu senang, jangan fikir saya boleh melupakannya sesenang minum air teh o. (Macam ayat membunuh je ni..eh, tak..)
Jangan biarkan syaitan merajai hati kita dengan membuat kita marah. Syaitan sangat suka kita marah. Berfikir dengan waras dan jangan buat tindakan yang boleh memakan diri. Jiwa yang tenang datang dari akal yang sihat.
Hidup kena ada matlamat.

Rujukan: Mustapha Abdul Rahman, Hadith 40 (Terjemahan dan syarahnya)  

3 comments:

  1. HAHA.ilex.Tenang yep tenang. Xbwk kemana pn lau kite mrah. dapt pdngan negtif orng lagi ad la. HEHE. so cheers up girl there always light at the end of darkness road kay. =)

    ReplyDelete
  2. thanks mosaic.ada 4 jenis marah dn saya dalam kategori mudah marah tapi cepat reda kemarahan tu.insyaAllah..=)

    ReplyDelete
  3. InysaAllah yep. Then xbek marah2 ney. cepat tua. Muahaha.

    ReplyDelete