Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, July 24, 2011

Bakat

(Lagu latar : Layar keinsafan, Mestica)

Dalam "ketidak rajinan" yang bukan sedikit, sempat juga saya mencuri sedikit masa untuk menekan papan kekunci laptop untuk menulis. Inilah dia..salah satu bakat kecil yang amat yang baru saya sedari beberapa bulan lalu. Malangnya bakat ini langsung tidak pernah saya cuba untuk menggilapnya. Bagaimana nak menggilapnya? Guna polish kasut? Baru berkilat. Mungkin juga, hehe. Kalaulah boleh, dah lama saya buat. Apa yang saya tahu, "penulis yang hebat ialah pembaca yang hebat". Maksudnya? Untuk menghasilkan karya penulisan yang hebat, kita kena membaca. Walaupun nak tulis blog sekalipun, kena baca blog orang lain dulu. Baiklah, selepas ini usaha berterusan akan menyusul demi menggilap bakat yang sedikit ini. InsyaAllah.

Gilaplah sekeciil mana pun bakat kamu. Kamu akan berbangga dengannya.

Lupa pula bila masa saya pernah dengar ayat ini. Ayat ini sebenarnya pernah, masih dan telah menyedarkan saya bahawa saya ada bakat tersembunyi yang masih belum dieksplorasi lagi. Apakah bakat itu? Saya pun tak tahu.
(selingan semata-mata.) Ini pun kira bakat juga. Kalau tak reti, boleh hangus baju tu. 

Setakat ini bersyukur sajalah dengan apa sahaja yang saya miliki dan apa sahaja yang saya ada. Mungkin ada hikmahnya saya tak punyai bakat yang luarbiasa (ok, hiperbola sket) ni. Mana tahu saya mungkin menyalahgunakannya atau mungkin saya akan riak dengan kebolehan yang saya ada. Nauzubillah. Oleh itu...

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan dipinta sebaliknya

Allah Maha Mengetahui

UNIC- Erti Syukur

Alhamdulillah...

Hidup kena ada matlamat.

Tuesday, July 5, 2011

Perjalanan menemui sahabat II

Tiba-tiba saya jadi banyak cakap hari itu. Perjalanan diteruskan. Tanpa dirancang kami ke gedung beli belah yang sudah lama bertapak berdekatan dataran Syahbandar. Arus jalan raya yang diubah kepada jalan sehala tanpa saya sedari menyebabkan saya terpaksa berpusing sebanyak 2 kali melalui Pasar Payang. Akhirnya, saya memandu melawan arus untuk ke destinasi.(Oppsss…) Menemui seorang lagi sahabat seperjuangan saat kami berada di sekolah menengah.




Tingkat 1

Tingkat 2

Tingkat 3

Tangga bangunan itu didaki dengan tambahan kudrat di kaki kerana escalator di situ langsung tidak berfungsi (baik tak payah buat kalau tak bagi guna..huh). Ssuasana di tingkat 3 paling sunyi berbanding semua aras di Astaka. Aras itu disewa oleh seorang pekedai berbangsa cina yang menjual pakaian dan barang-barang hadiah. Teddy bear pelbagai saiz, tabung pelbagai corak, bingkai gambar dan macam-macam lagi souvenir dipamer di bahagian ini.

Mudah sahaja kami menjumpai orang yang dicari. Hamidah Zakaria. Lengkap beruniform kerja hitam putih, dia berdiri tegak di bahagian hadiah menunggu pelanggan.

“akak, saya nak cari barang…”

Niat nak menyamar langsung tak menjadi. Bukan kerana dia menyedari kehadiran saya, tetapi sebab saya sendiri yang tergelak dengan lawak tak jadi itu. Senyum lebar terukir di wajahnya yang jelas keletihan kerana bekerja sejak dari pagi lagi. Badannya yang sememangya kurus kelihatan semakin kurus. Mungkin kepenatannya bekerja menyebabkan perubahn itu.  Musim cuti UiTM yang terlalu panjang dimanfaatkan dengan bekerja separuh masa. Dalam keasyikan kami bersembang dia masih berjaga-jaga kalau-kalau ada pelanggan datang. Kebetulan seorang pelanggan dari Jerman datang. Kami ditinggalkan sementara bagi member ruang untuk dia menjalankan tugasnya. Kelakar melihat dia yang sedang bekerja kerana saya sendiri tidak langsung mempunyai pengalaman bekerja.

Masa bekerjanya tamat ketika azan maghrib hampir berkumandang. Saya mengambil peluang ini menghantarnya ke tempat kediaman sementaranya. Lambaian tangan kami mengakhiri pertemuan singkat itu. 

Ke stesen bas pula untuk menghantar Aina untuk dia pulang ke kolej kediaman.
Tangan dilambai sekali lagi dan berakhirlah perjalanan kami pada hari itu. Terima kasih kepada dua orang rakan sekampus yang sudi menemani saya sepanjang perjalanan.

Pedal minyak ditekan dan kami kembali ke kampus..=)




Sunday, July 3, 2011

Perjalanan menemui sahabat: Dia dah berubah.

2 Julai bukan hari ini tapi semalam.
Ditemani dua rakan yang telah saya kenal sejak saya memulakan pelajaran di kampus, kami ke bandar untuk menemui seorang sahabat lama.

Berjilbab dan berbaju T labuh. Dikenakan pula dengan kain labuh warna kesukaannya, hijau. Nur Aina Sulaiman, seorang kawan yang saya kata saya nak jumpa itu hari. Jumpa juga kami hari ini. Salam dihulur dan disambut dengan pelukan mesra seorang sahabat. Sungguh saya terpegun melihat perubahan dirinya yang kini lebih baik.
Salah satu destinasi (terus terlupa yang saya boikot McD, ok, setakat ini saja)


Niatnya ingin membelanja saya makan saya tolak sekeras-kerasnya. Makan di sebuah restoran makanan segera dan kami bersembang hampir sejam di situ. Bertukar-tukar cerita dan bercakap mengenai kerjaya pilihannya. Walaupun hanya hampir 2 tahun sahaja, banyak yang kami bualkan. Kami ke pc fair yang kebetulan berlangsung pada hari itu. Kebanyakan alat-alat elektronik dijual dengan harga yang murah. Tapi awas, kita mungkin terkena dengan harga yang terlalu murah. Nasib saya baik, barang yang saya dapati di sana berfungsi dengan baik. Terlau ramai orang di sana mungkin kerana hari itu merupakan hari terakhir berlangsungnya pc fair kali.

Apa yang membuat saya sangat-sangat terkilan apabila satu kejadian yang amat tidak disangka-sangka berlaku. Beg tangan Aina diseluk penyeluk saku atau mungkin boleh dikatakan penyeluk beg. Telefon bimbit keduanya dicuri. Langsung tiada kesan di mana telefon itu berada. Nombor didail tapi telah di off kan. Dasar pencuri yang tak mengenal mangsa. (Astaghfirullahalazim..)

Satu lagi perubahan yang saya perasan ialah dia tidak menyesal dengan musibah yang menimpa dirinya. Satu reaksi yang saya tidak pernah lihat sebelum ini. Dia redha dan menerima apa yang berlaku padanya. =)
Seterusnya, dalam waktu yang singkat, kami meneruskan perjalanan gedung beli belah Astaka untuk menemui seorang lagi kawan yang boleh dikatakan kawan lama sejak kami menamatkan alam persekolahan 2 tahun lalu…..perjalanan diteruskan…..