Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, January 18, 2012

Nama blog ini "Kembara Hayat"







Nama blog ni Kembara Hayat. Sejak lecturer IT suruh saya buat blog, memang inilah namanya blog saya, Kembara Hayat. Bukan saja-saj nama itu dipilih. Nama ini ada kaitan dengan nama yang umi dan abah saya berikan sejak saya lahir 20 tahun dahulu (lama dah tu). Jadi, baru-baru ni, apabila tahap ke'perasan'an diri membuak-buak, saya cuba google nama sendiri di rumah pak cik Google (panggilan yang diberi oleh rakan-rakan). Kalauada info di Google tu,rasa famous sikit la agaknya, haha. Ternyata, bukan saya seorang yang menggunakan nama ini sebagai sebagai nama blog. Ya, saya bukanlah insan yang dianugerahkan daya kekreatifan yang tinggi sehingga boleh mereka nama yang memang tiada di alam semesta kecuali saya seorang sahaja. Sedangkan Miley Cyrus boleh membuat pengumuman dalam media supaya tidak menggalakkan ibu bapa menamakan anak mereka dengan nama Miley kerana dia terlalu bangga dengan namanya. Siapa saya yang boleh melakukan itu walaupu saya sangat menyukai nama saya. Saya juga suka nama saya tersebar di merata tempat walaupun bukanlah saya pemilik nama tersebut. Berbalik kepada pencarian di Google tadi, terjumpalah saya satu blog yang menyerupai nama blog saya.

http://kembarahayat.blogspot.com/  (sama kan? tapi tidak serupa) Tiadalah saya ingin terasa kerana kelainan pada nama itu sudah tiada.Tapi mungkin pada aspek yang lain,akan ada kelainannya.

Manusia memang serupa dari pandangan kasar. Namun, kenyataannya, tiada manusia yang serupa di mukabumi ini. sedangkan kembar seiras juga ada perbezaannya. yang paling jelas adalah garisan-garisandi ibu jari manusia itu. Tiada yang serupa. Mungkin Adam Baylin serupa dengan Kyle XY yang diklon, tapi itu hanyalah imaginasi drama fiksyen dari Barat. Oleh itu, tiada masalah jika nama yang serupa berlaku. Antaranya, ada kelainan masing-masing. 

Satu entry yang paling berfalsafah pernah saya tulis barangkali. ^^

Hidup kena ada matlamat.   

Tuesday, January 3, 2012

2012: 12 tahun dah alaf 21.

Belum pun seminggu tahun baru bermula, sempat lagi lah nak ucap Selamat Tahun Baru Masihi 2012.

Alaf 21 ialah tahun 2000, 12 tahun selepasnya ialah tahun 2012.
Tahun 2012, tahun yang dikaitkan dengan hari berakhirnya dunia oleh orang-orang Barat melalui penemuan kalendar orang Mayan. Komuniti Mayan ialah arkeologi pertama yang dijumpai oleh arkeologi di mana penemuan inilah yang menjadi penggerak bidang arkeologi sehingga hari ini. Kalendar yang dijumpai itu dipercayai merupakan ramalan berlakunya peristiwa-peristiwa kepada manusia di dunia. Dalam Mastika pun ada artikel pasal 2012 ini.

Tahun 2012 juga adalah tajuk filem Roland Emerich yang mengambarkan kemusnahan dunia pada tahun itu. Apa yang "mengagumkan" ada manusia yang terselamat. (belum tengok pun movie tu sebenarnya)





Apa lagi yang berkaitan dengan 2012? Ya, iklan syampu di tv. "Kemusnahan dunia pada 2012? Jangan biarkan ia berlaku pada rambut anda"..haha

Paling penting, 2012 juga ialah tahun di mana saya memulakan sesi pengajian pada tahun pertama di peringkat ijazah sarjana muda pendidikan.(kena banyakkan belajar, eh, ye ke?hehe)


Dan hari ini, 3 Januari 2012, selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid sekolah yang memulakan sesi persekolahan pada hari ini.

Kesimpulannya, apa yang akan terjadi pada 2012, kita serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa, Allah taala. Semoga semua berjalan lancar dan setiap perbuatan kita diberkatiNya.

Encyclopedia Britannica

Hidup kena ada matlamat.