Saturday, May 7, 2011

Nasi yang Menangis-Jangan Membazir

Kenyangya.. nasi masih  banyak tapi saya dah kenyang.


Itulah,nafsu makan terlampau tinggi. Tadi dah kenyang dengan nasi himpit, makan pula nasi lemak. Dah la sebelum tu dah makan roti canai.
Habis tu macam mana dengan nasi ni.? Hmm.. Tong sampahlah destinasinya selepas ni. Confirm.Membazir ya di situ.


Tengok nasi yang tak habis ni, ada cerita pasal nasi “menangis”. (Personafikasi digunakan). Pasal nasi yang dibazirkan dan dibuang, maka ia menangis sebab kena buang. (Aikk..!Kalau buang anak betullah anak tu menangis, ni nasi..hm..). Sabar, ni cerita dari orang tua-tua. Biasalah ada dongengnya.
Gadis ni anak orang kaya, jadi biasa dengan kehidupan mewah. Baju mewah, bilik mewah , makan pun mewah. Selalunya dia suka bazirkan makanan sebab dah banyak sangat lauk-pauk tiap kali dia makan. Nasi yang tak habis tu dibuang ikut tingkap je. Mana nak abis kalau satu meja 4m×2m tu penuh dengan macam-macam jenis makanan (hiperbola la pulak..ok,fine).
Satu hari, dia dengar ada suara menangis mendayu-dayu je. Suara tu datang dari luar tingkap yang selalu dia buang nasi yang tak habis tu. Rupanya nasi yang selalu dia buang tu menangis. Nasi tu sedih sebab gadis tu tak makan dia. Nasi tu pun takut duk luar. Dia nak dimakan oleh manusia.( Isy..cam takut je kalau  nasi menangis). Lepas tu dia dah tak membazir dah. Makan pun sekadar yang dia mampu habiskan je.
Baguslah tu. Dia berubah..

Tapi nasi ni..siapa nak habiskan..??

1 comment:

  1. kesian cik nasi..rasenye kalau diorang can talk, da lame kite tak membazir..kan??kan?? membazir 2 amalan syaitan..so,kalau kite membazir maknanya kita ikut amalan laknatullah la?? da terang lg bersuluh..ye la kawanku..huhu..so, kita nak ikut amalan laknatullah ke Rasulullah S.A.W?? hah!! ce pikir 2x..hmm..xcually, kte mkn ikut sunnah Nabi tu nk dpt berkat..kte xtau kat bhg mana barakah tu (dlm nasi)..sbb tu la kne makan abes..korang makan abes x sblum2 nie?? ce citer 2x..=)

    ReplyDelete