Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, April 27, 2013

Cara-cara menulis esei


I feel like writing. I open my laptop (it’s new), crawling on the bed, betulkan bantal, menyandar dengan selesa, dan menunggu layar desktop muncul di skrin laptop. Oleh sebab laptop baru, cepat saja paparan di skrin keluar. Mana pergi laptop lama? Dah nama pun lama, ‘dia’ sakit dan sudah berhenti beroperasi  Harga baiki hampir sama harga dengan sebuah laptop baru. Jadi, dengan izin duli yang maha mulia raja-raja bonda dan ayahanda, saya mengebumikan dia dan mencari pengganti. Sambil fikiran menerawang mengingatkan kenangan indah bersama laptop lama, saya klik dua kali di ikon Microsoft Word dan paparan kosong keluar.

Tanpa ada draf atau plan, kekunci-kekunci keyboard ini ditekan dengan tak seberapa laju sampai siap satu perenggan yang mengandungi hampir 100 patah perkataan. Bilangan perkataan di Microsoft senang dilihat di bahagian bawah skrin. Butang enter ditekan dengan semangat yang jitu untuk meneruskan perenggan seterusnya. Tetapi, apa yang menghairankan, jari-jari saya tiba-tiba berhenti. Mata berlari sepintas lalu membaca kembali ayat-ayat di perenggan pertama. Apa ni? This is not good. This is not to be published here. I just should keep it to myself. Reverse…..kekunci backspace ditekan. Semua perkataan hilang dalam sekelip mata. Dan..

“Yatiiii..! tido nuh!”. Erk, okay. Done. Suara umi sudah berbunyi. Kena patuh. Shut down. Baik umi. Tido. Kesimpulannya, nak tulis sesuatu, especially esei, kena ade draf, paling tidak, sudah ada draf dalam kepala. Itu sahaja. Assalamualaikum.

Hidup kena ada matlamat.

Friday, April 5, 2013

Beratnya ucapan terima kasih


Astaghfirullahal azim..Dugaan apa la nih. nak pecah jantung dibuatnya. Bukan nak membangga diri, tetapi usaha aku yang beria-ia itu tidak langsung dihargai. Ya benar, lumrah manusia inginkan penghargaan. Penghargaan yang diinginkan bukan untuk meninggi diri, tetapi galakan kepada diri untuk terus sentiasa membantu yang memerlukan.  Walaupun sedikit sahaja pertolongan dilakukan, paling koman pun ucap lah terima kasih. Tak perlu nak menyanyi

"Terima kasih ku ucapkan padaMu
Atas nikmat yang Kau beri padaku"

Tak perlu semua itu. Hanya ucapan terima kasih yang mengambil masa kurang sesaat untuk diucapkan itu yang didambakan. Kalau tidak pun satu senyuman sudah memadai. Senyuman yang membawa makna senang dengan kerjamu, makna berterima kasih atas kerahan minda dan keringat yang telah kamu lakukan.

Teringat babak  dalam episod pertama drama Cinta dan Wahyu apabila Tasneem diragut dan Izuddin menyelamatkannya. Tiada ucapan terima kasih diterima Izuddin malah hamburan amarah Tasneem pula menjadi habuan. Kesian sungguh. Mungkin itu adalah sekadar cereka dan mungkin Izuddin tidak kisah semua itu, namun pengajarannya ada di situ. terima kasih, terima kasih,
Terima kasih.

Hidup kena ada matlamat.