Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, October 21, 2012

Peperiksaan dalam kehujanan..


Bulan oktober sudah hampir sampai ke penghujungnya. bulan-bulan terakhir dalam setahun ni sinonim dengan musim tengkujuh. sinonim dan simile juga dengan musim peperiksaan. Hujan turun setiap hari dan berhenti sekejap sahaja pada suatu-suatu masa. Semangat nak study selalu dilunturkan oleh cuaca yang dah macam winter di Australia. sejukkk...



Merenungi luar jendela 
Mengkagumi kebesaran yang Maha Esa 
Hujan renyai-renyai turun tiada hentinya 
Membasahi bumi dengan titisan air dingin bermakna 
meremang bila bayu dingin menampar pipi 
yang tidak ditutupi oleh pelindung diri 
Baru ku menyedari penghujung tahun makin menghampiri 
Maka, ku nilai lagi berfikir kembali 
Masa yang lalu telah pun pergi 
Moga hari esok masih sempat ku temui.

by: kembarahayat


Dalam kesejukan musim hujan dan kegementaran musim peperiksaan, sempat lagi saya singgah sebentar di Karnival Semarak Jawi 19-21 Oktober 2012 di Terengganu Trade Center.

dan ini salah satu program yang berlangsung di sana, Cinta Jawi Bersama Ustaz syed Tuan Mohd Norhisham Tuan Padang. Bersama beliau dan Ustaz Azman atau lebih dikenali sebagai Ibnu Ahmad Kurawi. Walaupun terlepas program ni kerana kelewatan saya ke sana. sempat juga berjumpa dengan mereka. (hey, ni lah kembarahayat rupanya..lama dah nak kenal.huh, bajet sedunia tengok blog dia.)








Allah..Allah..Ya Allah


Allahumma saiyiban nafi'an



Ya Allah jadikanlah hujan ini sebagai hujan yang bermanfaat (HR Muslim)



Allahummarzuqna fahmannabiyyina wahifzol mursalin wai'ma'nalmuttaqin ya arhamarrahimin


Wahai, Tuhanku, kurniakan kami kefahaman para nabi, hafalan para rasul, iman orang-orang yang bertakwa, Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih



Doa ketika hujan dan doa mohon kefahaman terutama sekali semasa mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan khususnya. Selamat berjaya kepada semua yang bakal menduduki peperiksaan.
Assalamualaikum..


Hidup Kena Ada Matlamat

Thursday, October 11, 2012

Masih Jelas- Hafiz AF7




Maaf, ini bukan versi nyanyian Hafiz. 
Ini adalah Masih Jelas versi olahan oleh kembarahayat atas faktor kerinduan kepada ummi dan abah kerana sudah lama tidak pulang ke rumah. Kepada komposer asal lagu ni, saya memohon maaf atas penggubahan lagu yang dilakukan tanapa kebenaran. Seterusnya, sayangilah ibu bapa anda. Jagalah mereka selama mereka masih ada semampu kamu.

Selamat berkaraoke dengan versi nak-balik-rumah "Masih Jelas"















Beralih, minggu ke minggu,

Hari tetap serupa,
Aku tetap tak balik
Balik rumah
Sudah lama
sudah lama

Penjara, hidup ini penjara
Pabilaku di sini
Menanti saban hari
jauh dari
dari ibu
dari ayah

Masih jelas, 
setiap garisan halus 
bila senyuman kau ukirkan untukku
ummi sayang, 
dan abah yang ku rindui
terbayang di mindaku waktu ku rindu kamu

Sudah suratan, takdir begini
Aku pergi niat suci
Takkan ku lupa pesan mereka
Belajar dulu untuk ilmu.



Hidup kena ada matlamat.



Sunday, July 15, 2012

Semua roti di kedai dah expired



Semalam atau marim yakni 13 Julai 2012, saya singgah sebentar di sebuah stesen minyak  untuk membeli  roti untuk menyambung sumber makanan yang berterusan diasrama nanti. Hal ini demikian kerana hidup di asrama sangat sinonim dengan roti dan biskut. Pada masa tiada makanan yang boleh disumbat ke dalam perut, roti dan biskut lah penyelamatnya. Sebagai pengguna yang berhemah, saya memastikan dulu tarikh luput atau expiry date supaya saya dan sekutu-sekutu saya tidak tersalah makan makanan yang mungkin beracun akibaat daripada dah tamat tempoh. Inilah yang saya nampak pada tag roti tersebut dan semuanya mempunyai tarikh yang sama.





Mak aih! Macam mana ni. Hari ni dah 13 Julai. Tarikh expired July 12. Dah sehari dah roti ni tamat tempoh. Entah-entah dah berkulat. Masih lagi nak jual ke? Tambahan lagi, semua roti atas rak yang sama menunjukkan tarikh yang sama. Isy, takkan lah tuan kedai tak perasan. Ni kalau aku report, mau kena saman. Begitulah serba sedikit omelan dalam fikiran saya pada masa tu. Dan saya terus berlalu pergi tanpa membeli dan tanpa mengatakan apa-apa kepada sesiapa. Vroomm…!



15 Julai 2012, saya singgah lagi stesen minyak dalam perjalanan balik ke kampus. Motif utama: ROTI. Kali ini, saya betul-betul memastikan agar saya tidak membeli roti yang dah tamat tarikh luput. Dibelek-belek jugak tag roti tu.


GUNA SBL 18 JUL 12

Pada masa itulah baru saya perasan bahawa angka 12 yang tertera menunjukkan angka tahun ini iaitu 2012, dan bukannya 12 Jul. Patutlah semua roti di kedai dah expired. Mungkin saya perlukan cermin mata lepas ni. Dan misi untuk menggantikan stok roti saya berjaya, Cuma perlu lebih memerhati selepas ini. (Sambil menyuapkan roti ke mulut)


Hidup Kena Ada Matlamat

Wednesday, July 11, 2012

Menghilangkan homesick, is sick.

Ummi dan Abah sangat mementingkan pelajaran, garang dan kadang-kadang menakutkan. Rotan sentiasa di tangan tapi jarang mengenai kulit dan badan kami. Tapi sekali kena, ...menangis kau,nasib tak lari dari rumah. Enam anak-anaknya tiada satu pun yang terlepas daripada rotan "puaka" itu. Sorok rotan lama,beli rotan baru..Yah, bertambahlah koleksi rotan dalam rumah dan lagi senanglah kerja-kerja merotan daripada ummi dan abah. Buat salah sangat, kena lah. Dan itu adalah bayangan imbas kembali saat saya dan adik beradik masa kecil. Daripada ummi dan abah berdua, jadi bertiga, berempat dan seterusnya cukup lapan ahli keluarga saya. Bilangan ahli keluarga yang agak besar cukup untuk memberikan reaksi muka terkejut kepada rakan-rakan yang bertanya bilangan ahli keluarga saya. Ketika itu, saya pun hairan kenapa keluarga orang lain boleh ada bilangan yang sedikit sahaja.


Masa bergerak dan terus bergerak dan sekarang pun dah tahun 2012 Masihi, 1433 Hijrah. Daripada lapan orang yang menghuni rumah, seorang demi seorang keluar tinggal di asrama, sambung belajar. Daripada lapan orang, jadi tujuh, enam, lima, empat, tiga, dan dua.. Tinggal dua orang saja menunggu kami pulang..Aduhai..


Walaupun teknologi makin canggih, komunikasi masih berlaku, penyampaian maklumat masih boleh sampai, namun berhubung melalui teknologi tidak sama dengan face to face. Aura tu kurang sampai.
okay, sebenarnya saya dah homesick..
Tak sabar tunggu masanya apabila kami berLAPAN dapat berkumpul lagi..InsyaAllah.


Hidup kena ada matlamat.

Monday, May 7, 2012

#2 Tips study: Jauhi katil

Katil ialah tempat tidur. Tempat di mana kita tidur setidur tidurnya. Katil bukanlah tempat yang sesuai untuk study bagi kebanyakan orang yakni pelajar termasuk saya sendiri. Katil adalah antara faktor utama yang menarik mata saya daripada pembacaan ke peraduan. Sungguh, bagi saya, tips ini amat berat untuk dilaksanakan sebenarnya. Kalau bukan katil pun, comforter, tilam, tikar atau lantai sekalipun jika memang dijadikan tempat beradu perlulah dijauhi andai semangat nak study tu masih sedang berkobar-kobar. Kelembutan dan keempukan katil boleh menambah daya graviti pada kelopak mata atas kita untuk jatuh merapati kelopak mata bawah kita. Maka, apabila fenomena itu berlaku, buku ke mana, study ke mana. Berhati-hatilah ya andai anda sangat-sangat perlukan masa yang ada untuk mengulangkaji. Jangan sampai masa itu terbazir ke alam mimpi. Ringkasnya, jangan study atas katil..Bittaufiq Wannajah.



Empuknya katil tu..jauhkan, jauhkan.



p/s: kalau mana-mana tempat pun nampak macam katil, memang tak jadi apalah tips ni.



Hidup kena ada matlamat ^^


Wednesday, May 2, 2012

#1 Tips study: Basmalah



The examination is around the corner. Ayat klise yang kerap kedengaran saat exam mula menghampiri. Oleh sebab itu yang demikian, maka berstudylah orang-orang yang masih bergelar pelajar ni. Apa pun mood kita pada ketika nak study, mulakan dengan..




ijk



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




InsyaAllah, tambah rajin nak study ^^ 


Hidup kena ada matlamat.

Wednesday, January 18, 2012

Nama blog ini "Kembara Hayat"







Nama blog ni Kembara Hayat. Sejak lecturer IT suruh saya buat blog, memang inilah namanya blog saya, Kembara Hayat. Bukan saja-saj nama itu dipilih. Nama ini ada kaitan dengan nama yang umi dan abah saya berikan sejak saya lahir 20 tahun dahulu (lama dah tu). Jadi, baru-baru ni, apabila tahap ke'perasan'an diri membuak-buak, saya cuba google nama sendiri di rumah pak cik Google (panggilan yang diberi oleh rakan-rakan). Kalauada info di Google tu,rasa famous sikit la agaknya, haha. Ternyata, bukan saya seorang yang menggunakan nama ini sebagai sebagai nama blog. Ya, saya bukanlah insan yang dianugerahkan daya kekreatifan yang tinggi sehingga boleh mereka nama yang memang tiada di alam semesta kecuali saya seorang sahaja. Sedangkan Miley Cyrus boleh membuat pengumuman dalam media supaya tidak menggalakkan ibu bapa menamakan anak mereka dengan nama Miley kerana dia terlalu bangga dengan namanya. Siapa saya yang boleh melakukan itu walaupu saya sangat menyukai nama saya. Saya juga suka nama saya tersebar di merata tempat walaupun bukanlah saya pemilik nama tersebut. Berbalik kepada pencarian di Google tadi, terjumpalah saya satu blog yang menyerupai nama blog saya.

http://kembarahayat.blogspot.com/  (sama kan? tapi tidak serupa) Tiadalah saya ingin terasa kerana kelainan pada nama itu sudah tiada.Tapi mungkin pada aspek yang lain,akan ada kelainannya.

Manusia memang serupa dari pandangan kasar. Namun, kenyataannya, tiada manusia yang serupa di mukabumi ini. sedangkan kembar seiras juga ada perbezaannya. yang paling jelas adalah garisan-garisandi ibu jari manusia itu. Tiada yang serupa. Mungkin Adam Baylin serupa dengan Kyle XY yang diklon, tapi itu hanyalah imaginasi drama fiksyen dari Barat. Oleh itu, tiada masalah jika nama yang serupa berlaku. Antaranya, ada kelainan masing-masing. 

Satu entry yang paling berfalsafah pernah saya tulis barangkali. ^^

Hidup kena ada matlamat.   

Tuesday, January 3, 2012

2012: 12 tahun dah alaf 21.

Belum pun seminggu tahun baru bermula, sempat lagi lah nak ucap Selamat Tahun Baru Masihi 2012.

Alaf 21 ialah tahun 2000, 12 tahun selepasnya ialah tahun 2012.
Tahun 2012, tahun yang dikaitkan dengan hari berakhirnya dunia oleh orang-orang Barat melalui penemuan kalendar orang Mayan. Komuniti Mayan ialah arkeologi pertama yang dijumpai oleh arkeologi di mana penemuan inilah yang menjadi penggerak bidang arkeologi sehingga hari ini. Kalendar yang dijumpai itu dipercayai merupakan ramalan berlakunya peristiwa-peristiwa kepada manusia di dunia. Dalam Mastika pun ada artikel pasal 2012 ini.

Tahun 2012 juga adalah tajuk filem Roland Emerich yang mengambarkan kemusnahan dunia pada tahun itu. Apa yang "mengagumkan" ada manusia yang terselamat. (belum tengok pun movie tu sebenarnya)





Apa lagi yang berkaitan dengan 2012? Ya, iklan syampu di tv. "Kemusnahan dunia pada 2012? Jangan biarkan ia berlaku pada rambut anda"..haha

Paling penting, 2012 juga ialah tahun di mana saya memulakan sesi pengajian pada tahun pertama di peringkat ijazah sarjana muda pendidikan.(kena banyakkan belajar, eh, ye ke?hehe)


Dan hari ini, 3 Januari 2012, selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid sekolah yang memulakan sesi persekolahan pada hari ini.

Kesimpulannya, apa yang akan terjadi pada 2012, kita serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa, Allah taala. Semoga semua berjalan lancar dan setiap perbuatan kita diberkatiNya.

Encyclopedia Britannica

Hidup kena ada matlamat.