Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, May 9, 2011

Belajar dulu, sekolah sangat best.


Nasi lagi..?? tak.tak. sebenarnya tu hanyalah antara menu harian saya selama tidak lagi belajar di alam menengah. Maksudnya selama berada di kampus.

Sudah hampir 2 semester yakni hampir setahun saya tinggalkan alam persekolahan.
Bukan senang nak tinggalkan alam persekolahan.(lama kot alam sekolah)

Pernah saya tengok satu VCD belajar untuk kanak-kanak, tajuk “pekerjaan”.  Semuanya budak tadika. (sebab VCD tu memang untuk budak tadika, dan saya masih tengok walaupun masa tu saya di sekolah menengah)
Beberapa orang murid dari Tadika Pelangi skip kelas sebab bosan.(budak tadika tu..kecik2 dah pandai)

Murid 1: Saya dah bosan pergi sekolah, saya nak cepat besar, saya nak jadi doctor (suara Nobita)
Murid 2: Saya pun. Saya pula nak jadi tkang jahit. Tak perlu lah saya ke sekolah lagi.
Murid 3: Tapi, ayah saya cakap, kalau nak bekerja, kita kena pergi sekolah selama 10 tahun…!! (sambil menunjukkan kesepuluh-sepuluh jari dan membulatkan mata)
Murid 1,2 : Wahh..! lamanya.
Mereka semua pun jalan ke belakang sekolah diaorang dan jumpa satu perigi permintaan (wishing well) dan minta apa yang dihajatkan tadi .
Semua murid-murid tu jatuhkan syiling ke dalam perigi dan asap tebal muncul (terbatuk-batuklah mereka terutama yang ada asma tu)
Tiba-tiba suasana berubah. murid-murid tadi siap berpakaian seperti pekerjaan yang mereka hajatkan dan berada di tempat kerja masing2.
Murid 1 jadi doctor dan murid 2 jadi tukang jahit. Sama juga dengan murid-murid lain. Mereka berada di tempat kerja masing-masing.
Tapi ada satu yang tak berubah. Usia mereka. Mereka masih kanak-kanak tadika walaupun dah bekerja (ni macam main kahwin-kahwin masa kecik dulu lah..eh ada kaitan?)
Walaubagaimanapun, mereka gembira sebab dapat apa yang dihajatkan. Tetapi….

Situasi 1, Murid 1, hospital.
Seorang pesakit datang.
Saya takut darah
Murid 1: awak sakit apa?
Pesakit:Jari saya tercucuk paku. Sakit.( menunjukkan jari yang penuh darah)
Murid 1: Argh.. saya takut darah.! (bangun dan lari)

Situasi 2, Murid 2, kedai jahit.
(leka menjahit baju)
Murid 2: Dah pun siap, cuba awak pakai.
Pelanggan menyarungkan baju panas yang baru siap dijahit. Malangnya, lengan baju tersebut berlainan panjangnya. Pelanggan tersebut marah dan melemparkan baju ke lantai.
Murid 2: (terkesima)

Wooshh..Ribut taufan muncul dan
Semua jadi normal balik
Dengan muka ketakutan,
Murid 1 : Saya tak nak bekerja buat masa ni. Saya akan belajar bersungguh untuk jadi doctor yang berjaya dan berani
Murid 2: Saya pun nak pergi sekolah dan habiskan 10 tahun persekolahan untuk jad tukang jahit yang betul2 pandai menjahit
Semua murid tadi balik ke sekolah dan meminta maaf kepada cikgu mereka sebab dah ponteng.

Sebenarnya situasi tadi adalah untuk mengajar kanak-kanak mengenai jenis-jenis pekerjaan yang memang ada dalam silibus. 
Hakikatnya, apa yang tersirat daripada cerita di atas.

  1. Berhati-hati dengan apa yang dihajatkan kerana kita mungkin akan dapat apa yang kita hajatkan tu. 
  2. Untuk buat apa-apa pun kita kena ada ilmu dulu.
  3.  Untuk dapat ilmu tu, kita kena belajar.
  4. Untuk belajar, kita kena ada cikgu/tok guru/sensei etc.
  5. Belajar di sekolah sangat best, jangan sia-siakan masa berada di sekolah, anda akan menyesal kemudian. (nanti mula lah rindu menerpa ke lubuk hati dan sibuk-sibuk nak buat reunion(sedihnya tak dapat pergi reunion sekolah nanti..huhu))
Rindu sekolahku

1 comment:

  1. sayam..gud luck for your writing..keep it up dear..akuu pom windu sama skolah aku.hoho..menghitong hari date wif them...jeles tak ?

    ReplyDelete