Wednesday, August 17, 2011

Saya,maafkan saya.


Memaafkan seseorang.

Itu mudah bagi orang-orang yang pemaaf. Semua orang dimaafkan tanpa ada dendam di hati. Semua orang. Tetapi mungkinkah mudah bagi mereka memaafkan seorang yang ini…diri sendiri.
Jika benar mereka kuat dan mampu,persoalannya ikhlaskah kemaafan itu. Aduh, besar benar nampaknya kesalahan yang telah dibuat.Jangan difikirkan besar atau kecil. Itu bukan persoalannya, besar atau kecil kesalahan itu. Persoalannya,kemampuan memaafkan diri sendiri seterusnya keikhlasan kesan daripada kemaafan itu mampukah dilakukan oleh orang-orang ini.(termasuk diri saya sendiri jugalah,aisy..ayat sudah berbelit..)

Kebenarannya, sesetengah orang mungkin tidak kisah akan hal ini asalkan ianya tidak melibatkan orang lain, tidak menyusahkan sesiapa di sekelilingnya. Bagi orang-orang yang sangat mengambil kira hal ini,ianya kadang-kadang boleh memberi impak kepada diri. Bagaimana tidak? Lagi-lagi rasa bersalah itu tidak diluahkan. Lagi parah akibatnya nanti. Contoh boleh dilihat dalam filem-filem Hindustan dan Tamil di mana watak-watak yang menyalahkan diri sendiri menyeksa diri sendiri seperti memukul kepala dengan tangan atau menghantukkan kepala ke dinding. Janganlah sampai begitu kita salahkan diri sendiri pun. Tolonglah suarakan apa jua ketidakpuasan hati, keresahan dan kegelisahan atau apa jua perasaan negatif dalam hati. Keluarkan rasa bersalah itu dengan apa cara sekalipun asal tidak memudaratkan diri dan orang lain. Maafkan diri sendiri juga selain memaafkan orang lain. Ia menenangkan,percayalah.

Sungguh aku sesal dengan perbuatanku dan aku cuba untuk memaafkan diri sendiri. Bantulah aku ya Allah…

Hidup kena ada matlamat.