Tuesday, May 10, 2011

Saya dipengaruh rakan sebaya.

Kenapa saya cakap dalam entry lepas saya rindu sekolah? Sekolah adalah tempat yang paling banyak kita dapat kawan. Mungkin juga paling banyak kita dapat musuh (isy, mintak jauh). Kebanyakan daripada kita rapat dengan kawan-kawan lebih daripada rapat dengan ibu bapa. Itu yang jadi factor pengaruh rakan sebaya.
Pernah dengar tak pengaruh rakan sebaya? (Ummi saya cikgu kaunseling, kerap juga lah saya dengar dan saya baca)
Macam formal sangat la pulak intro kat atas. Sebenarnya saya pun dah terkena bahang pengaruh rakan sebaya ni. Alhamdulillah, bukannya pengaruh yang tak elok.
Saya mula terpengaruh untuk meminati lagu-lagu orang putih daripada rakan-rakan sekelas. Dan yang paling famous sekarang, saya disogokkan dengan lagu-lagu Bruno Mars. Talking to The Moon , Grenade , No Promises dan lain-lain. (Muzik latar: Bruno Mars: Marry you)
Bukannya saya benci lagu-lagu bahasa penjajah tu. Malahan, saya memang  pelajar jurusan bahasa inggeris.  Cuma saya rasa dilalaikan apabila saya terbuai dalam lagu-lagu sebegitu.

I used to like nasyid songs which I think are really tranquil to be listened to. (ceh, dah keluar dah bahasa penjajah)
 Nasib baik, minat saya terhadap lagu nasyid tak pernah berubah, Cuma saya telah pun menambahkan folder lagu dengan lagu-lagu yang melalaikan.
Mulanya, saya ingat pengaruh rakan sebaya tu memang tak akan berlaku kepada saya. Tapi itulah, dah memang betullah kajian yang ahli-ahli psikologi dah buat tu.
Apa yang boleh kita buat?
Kita hanya perlu berhati-hati memilih rakan. Tetapkan pendirian. Hidup ni kena ada matlamat. InsyaAllah..

1 comment: