Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Wow! Rasa macam best je. Mungkin sebab dah lepas satu beban yang rasanya taklah berat sangat tapi sebab nama dia “assignment”. Rasa sangat lega.

Ok, satu lagi sebab ialah esok Hari Guru ataupun Teacher’s Day. Tiap-tiap tahun Malaysia sambut Hari Guru pada 16 Mei. Saya tidak pasti jika ada negara lain yang menyambut hari guru. Setakat ini dalam pengetahuan saya, tidak pernah lagi ada negara lain yang sambut hari guru.(kalau ada bagitau saya ye.)
Jadi, apa kaitan hari guru dengan saya? Ada kaitannya. Kaitannya sebab saya pergi sekolah dan di sekolah saya belajar daripada guru-guru. Sejak dari tadika sudah ada guru yang mengajar. Kalau nak kira berapa ramai guru yang mengajar sepanjang persekolahan (tak termasuk pergi tuisyen merata-rata), memang ramai guru yang dah mengajar saya.

Pekerjaan sebagai guru nampak senang. Masuk kelas, mengajar, keluar. Mungkin itulah kerja guru pada pandangan seseorang yang tidak pernah berpengalaman sendiri dalam bidang ini. Hakikatnya, kerja guru lebih daripada itu.
Walaubagaimanapun, kerja guru bagi saya adalah paling susah tetapi mulia. Tambahan lagi guru sekolah rendah kerana  selain ibu bapa, guru orang kedua yang bertanggungjawab mencorakkan generasi masa depan. Kanak-kanak pada umur sekolah rendah mudah meyerap segala input yang mereka dapat pada waktu ini. Manakala pelajar sekolah menengah pula masih tercari-cari identity diri mereka dan suka mencuba sesuatu yang baru. Sekolah antara tempat bagi mereka dapat pengalaman daripada suasana sekeliling mereka.
Dalam silibus di sekolah, bukan pengetahuan akademik saja yang harus diajar oleh guru. Mereka juga perlu menyelitkan nilai-nilai murni dalam pembelajaran. Sebab tu cikgu selalu pesan, hormat mak ayahlah, salam mak ayah sebelum pergi sekolahlah, baca doa sebelum makanlah, sembahyang jangan tinggal, senyum selalu dan nasihat-nasihat lain. Kalau diikutkan, tak perlu seorang guru pesan macam tu. Tak ada dalam silibus pun. Tapi, itulah antara tanggungjawab seorang guru terhadap murid-murid mereka.
Besar tanggungjawab tu. Kalau jadi apa-apa yang tak elok kepada mereka pada masa hadapan, guru pun kena tanggung saham perbuatan mereka. (isy, sampai ke situ pulak)
Hormatilah guru-guru anda. Ada  masanya nanti kita akan gunakan ilmu yang diberi oleh guru-guru  kita untuk kebaikan.

Dengan ini, saya ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru saya di Taski Al-Ain, SK Tanah Merah, SK Pusat Jerteh dan SMK Tengku Mahmud dan pensyarah-pensyarah yang sedang mengajar saya sekarang. Berkatilah ilmu yang telah dicurahkan. Akan saya gunakan sebaik-baiknya segala ilmu yang saya peroleh selama saya hidup ni..InsyaAllah.

Tema hari guru 2011: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

No comments:

Post a Comment