Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, July 15, 2012

Semua roti di kedai dah expired



Semalam atau marim yakni 13 Julai 2012, saya singgah sebentar di sebuah stesen minyak  untuk membeli  roti untuk menyambung sumber makanan yang berterusan diasrama nanti. Hal ini demikian kerana hidup di asrama sangat sinonim dengan roti dan biskut. Pada masa tiada makanan yang boleh disumbat ke dalam perut, roti dan biskut lah penyelamatnya. Sebagai pengguna yang berhemah, saya memastikan dulu tarikh luput atau expiry date supaya saya dan sekutu-sekutu saya tidak tersalah makan makanan yang mungkin beracun akibaat daripada dah tamat tempoh. Inilah yang saya nampak pada tag roti tersebut dan semuanya mempunyai tarikh yang sama.





Mak aih! Macam mana ni. Hari ni dah 13 Julai. Tarikh expired July 12. Dah sehari dah roti ni tamat tempoh. Entah-entah dah berkulat. Masih lagi nak jual ke? Tambahan lagi, semua roti atas rak yang sama menunjukkan tarikh yang sama. Isy, takkan lah tuan kedai tak perasan. Ni kalau aku report, mau kena saman. Begitulah serba sedikit omelan dalam fikiran saya pada masa tu. Dan saya terus berlalu pergi tanpa membeli dan tanpa mengatakan apa-apa kepada sesiapa. Vroomm…!



15 Julai 2012, saya singgah lagi stesen minyak dalam perjalanan balik ke kampus. Motif utama: ROTI. Kali ini, saya betul-betul memastikan agar saya tidak membeli roti yang dah tamat tarikh luput. Dibelek-belek jugak tag roti tu.


GUNA SBL 18 JUL 12

Pada masa itulah baru saya perasan bahawa angka 12 yang tertera menunjukkan angka tahun ini iaitu 2012, dan bukannya 12 Jul. Patutlah semua roti di kedai dah expired. Mungkin saya perlukan cermin mata lepas ni. Dan misi untuk menggantikan stok roti saya berjaya, Cuma perlu lebih memerhati selepas ini. (Sambil menyuapkan roti ke mulut)


Hidup Kena Ada Matlamat

No comments:

Post a Comment