Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, January 18, 2012

Nama blog ini "Kembara Hayat"







Nama blog ni Kembara Hayat. Sejak lecturer IT suruh saya buat blog, memang inilah namanya blog saya, Kembara Hayat. Bukan saja-saj nama itu dipilih. Nama ini ada kaitan dengan nama yang umi dan abah saya berikan sejak saya lahir 20 tahun dahulu (lama dah tu). Jadi, baru-baru ni, apabila tahap ke'perasan'an diri membuak-buak, saya cuba google nama sendiri di rumah pak cik Google (panggilan yang diberi oleh rakan-rakan). Kalauada info di Google tu,rasa famous sikit la agaknya, haha. Ternyata, bukan saya seorang yang menggunakan nama ini sebagai sebagai nama blog. Ya, saya bukanlah insan yang dianugerahkan daya kekreatifan yang tinggi sehingga boleh mereka nama yang memang tiada di alam semesta kecuali saya seorang sahaja. Sedangkan Miley Cyrus boleh membuat pengumuman dalam media supaya tidak menggalakkan ibu bapa menamakan anak mereka dengan nama Miley kerana dia terlalu bangga dengan namanya. Siapa saya yang boleh melakukan itu walaupu saya sangat menyukai nama saya. Saya juga suka nama saya tersebar di merata tempat walaupun bukanlah saya pemilik nama tersebut. Berbalik kepada pencarian di Google tadi, terjumpalah saya satu blog yang menyerupai nama blog saya.

http://kembarahayat.blogspot.com/  (sama kan? tapi tidak serupa) Tiadalah saya ingin terasa kerana kelainan pada nama itu sudah tiada.Tapi mungkin pada aspek yang lain,akan ada kelainannya.

Manusia memang serupa dari pandangan kasar. Namun, kenyataannya, tiada manusia yang serupa di mukabumi ini. sedangkan kembar seiras juga ada perbezaannya. yang paling jelas adalah garisan-garisandi ibu jari manusia itu. Tiada yang serupa. Mungkin Adam Baylin serupa dengan Kyle XY yang diklon, tapi itu hanyalah imaginasi drama fiksyen dari Barat. Oleh itu, tiada masalah jika nama yang serupa berlaku. Antaranya, ada kelainan masing-masing. 

Satu entry yang paling berfalsafah pernah saya tulis barangkali. ^^

Hidup kena ada matlamat.   

1 comment:

  1. ...iye..benar...banyak yang sama..tapi pasti tidak serupa...

    ReplyDelete