Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, July 7, 2014

Mukadimah Praktikum : SK Tebing Tembah, Paka

Praktikum adalah sesi di mana segala macam teori yang dipelajari dalam kuliah selama beberapa tahun atau semester diaplikasikan dan dipraktikkan dalam dunia sebenar. Untuk praktikum pertama ini, saya dicampak ke SKTT. Sekolah Kebangsaan Tebing Tembah, SKTT (‘Tembah’ dibaca dengan ‘e’ pepet seperti dalam perkataan ‘bengkok’) berada di lokasi berdekatan dengan kawasan perindustrian Paka. Kawasan perindustrian minyak. Jadi, kalau jalan-jalan kat sana memang akan jumpa banyak pekerja yang pakai uniform pelbagai warna mengikut syarikat minyak yang berlainan pergi dan balik dari tempat kerja masing-masing. Tambahan pula dengan kereta, motor, lori, bas dan segala macam kenderaan yang semuanya bergerak laju mengejar apa pun saya tak tahu. Apa yang pasti, sekolah yang mempunyai jumlah guru seramai 28 orang (2014) ini menjadi mukadimah dan pemula praktikum saya. Selama sebulan, atau setepatnya, 4 minggu saya menimba pengalaman di sini. Sebulan boleh jadi lama atau sekejap semuanya atas diri sendiri.


^^ Tengok gambar sket.



Wakil Tilawah Al Quran Negeri Terengganu

Perhimpunan Ahad

Zulhilman dan Zulhilmi




Lastly, cikgu cikgi SKTT

Dengan harapan praktikum seterusnya akan lebih baik.
Hidup kena ada matlamat.

No comments:

Post a Comment