Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, July 5, 2011

Perjalanan menemui sahabat II

Tiba-tiba saya jadi banyak cakap hari itu. Perjalanan diteruskan. Tanpa dirancang kami ke gedung beli belah yang sudah lama bertapak berdekatan dataran Syahbandar. Arus jalan raya yang diubah kepada jalan sehala tanpa saya sedari menyebabkan saya terpaksa berpusing sebanyak 2 kali melalui Pasar Payang. Akhirnya, saya memandu melawan arus untuk ke destinasi.(Oppsss…) Menemui seorang lagi sahabat seperjuangan saat kami berada di sekolah menengah.




Tingkat 1

Tingkat 2

Tingkat 3

Tangga bangunan itu didaki dengan tambahan kudrat di kaki kerana escalator di situ langsung tidak berfungsi (baik tak payah buat kalau tak bagi guna..huh). Ssuasana di tingkat 3 paling sunyi berbanding semua aras di Astaka. Aras itu disewa oleh seorang pekedai berbangsa cina yang menjual pakaian dan barang-barang hadiah. Teddy bear pelbagai saiz, tabung pelbagai corak, bingkai gambar dan macam-macam lagi souvenir dipamer di bahagian ini.

Mudah sahaja kami menjumpai orang yang dicari. Hamidah Zakaria. Lengkap beruniform kerja hitam putih, dia berdiri tegak di bahagian hadiah menunggu pelanggan.

“akak, saya nak cari barang…”

Niat nak menyamar langsung tak menjadi. Bukan kerana dia menyedari kehadiran saya, tetapi sebab saya sendiri yang tergelak dengan lawak tak jadi itu. Senyum lebar terukir di wajahnya yang jelas keletihan kerana bekerja sejak dari pagi lagi. Badannya yang sememangya kurus kelihatan semakin kurus. Mungkin kepenatannya bekerja menyebabkan perubahn itu.  Musim cuti UiTM yang terlalu panjang dimanfaatkan dengan bekerja separuh masa. Dalam keasyikan kami bersembang dia masih berjaga-jaga kalau-kalau ada pelanggan datang. Kebetulan seorang pelanggan dari Jerman datang. Kami ditinggalkan sementara bagi member ruang untuk dia menjalankan tugasnya. Kelakar melihat dia yang sedang bekerja kerana saya sendiri tidak langsung mempunyai pengalaman bekerja.

Masa bekerjanya tamat ketika azan maghrib hampir berkumandang. Saya mengambil peluang ini menghantarnya ke tempat kediaman sementaranya. Lambaian tangan kami mengakhiri pertemuan singkat itu. 

Ke stesen bas pula untuk menghantar Aina untuk dia pulang ke kolej kediaman.
Tangan dilambai sekali lagi dan berakhirlah perjalanan kami pada hari itu. Terima kasih kepada dua orang rakan sekampus yang sudi menemani saya sepanjang perjalanan.

Pedal minyak ditekan dan kami kembali ke kampus..=)




No comments:

Post a Comment