Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, January 18, 2014

Pantai depan kampus

Januari 2014 di Kuala Terengganu. Angin monsun sejuk masih bertiup, kadang kadang kencang kadang-kadang berhembus lembut membuatkan jasad ini sayang meninggalkan tempat beradu bersama-sama bantal-bantal busuk dan selimut tebal yang hangat. Dan akhirnya, dengan semangat hujung minggu, pagi Sabtu, saya dan dua rakan mengayuh pedal basikal ke pantai. Nasib baik semester ni ada subjek Olahraga, berlari keliling padang sekali seminggu, tidaklah kepenatan sangat kaki kami mengayuh di atas jalan tar merentasi lampu isyarat dan jalan kampung menuju ke sana. Alah bisa tegal biasa. 

Hampir 8.00 pagi sudah agak lewat untuk lihat matahari terbit. Sampai di pantai, matahari sudah terbit namun haba dari cahaya matahari langsung tidak sempat langsung membuat kami berpeluh kerana angin sejuk asyik berhembus tanpa henti. Sejuknya seolah-olah kami sedang berdiri di sebelah pendingin hawa yang dilaraskan pada suhu paling rendah. Menggigil. Bagi menghilangkan rasa dingin, kami berjalan di sepanjang pantai dan percikan ombak asyik terkena muka. Sejuk. 

Letih berjalan, kami berdiri menghadap ombak dan melihat ombak semakin laju dan ganas menghempas pantai. Kesan tapak kaki yang tadinya dibentuk oleh tapak kasut sudah tiada. Hampir sejam berjalan, kami kembali mengayuh basikal dan pulang ke kampus.



Sarapan



Hidup kena ada matlamat

2 comments: