Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, April 5, 2013

Beratnya ucapan terima kasih


Astaghfirullahal azim..Dugaan apa la nih. nak pecah jantung dibuatnya. Bukan nak membangga diri, tetapi usaha aku yang beria-ia itu tidak langsung dihargai. Ya benar, lumrah manusia inginkan penghargaan. Penghargaan yang diinginkan bukan untuk meninggi diri, tetapi galakan kepada diri untuk terus sentiasa membantu yang memerlukan.  Walaupun sedikit sahaja pertolongan dilakukan, paling koman pun ucap lah terima kasih. Tak perlu nak menyanyi

"Terima kasih ku ucapkan padaMu
Atas nikmat yang Kau beri padaku"

Tak perlu semua itu. Hanya ucapan terima kasih yang mengambil masa kurang sesaat untuk diucapkan itu yang didambakan. Kalau tidak pun satu senyuman sudah memadai. Senyuman yang membawa makna senang dengan kerjamu, makna berterima kasih atas kerahan minda dan keringat yang telah kamu lakukan.

Teringat babak  dalam episod pertama drama Cinta dan Wahyu apabila Tasneem diragut dan Izuddin menyelamatkannya. Tiada ucapan terima kasih diterima Izuddin malah hamburan amarah Tasneem pula menjadi habuan. Kesian sungguh. Mungkin itu adalah sekadar cereka dan mungkin Izuddin tidak kisah semua itu, namun pengajarannya ada di situ. terima kasih, terima kasih,
Terima kasih.

Hidup kena ada matlamat.

No comments:

Post a Comment