Astaghfirullahal azim..Dugaan apa la nih. nak pecah jantung dibuatnya. Bukan nak
membangga diri, tetapi usaha aku yang beria-ia itu tidak langsung dihargai. Ya benar,
lumrah manusia inginkan penghargaan. Penghargaan yang diinginkan bukan untuk meninggi
diri, tetapi galakan kepada diri untuk terus sentiasa membantu yang memerlukan.
Walaupun sedikit sahaja pertolongan
dilakukan, paling koman pun ucap lah terima kasih. Tak perlu nak menyanyi
"Terima kasih ku ucapkan padaMu
Atas nikmat yang Kau beri padaku"
Tak perlu semua itu. Hanya ucapan terima kasih yang
mengambil masa kurang sesaat untuk diucapkan itu yang didambakan. Kalau tidak
pun satu senyuman sudah memadai. Senyuman yang membawa makna senang dengan
kerjamu, makna berterima kasih atas kerahan minda dan keringat yang telah kamu
lakukan.
Teringat babak dalam episod pertama drama Cinta dan Wahyu apabila Tasneem
diragut dan Izuddin menyelamatkannya. Tiada ucapan terima kasih diterima
Izuddin malah hamburan amarah Tasneem pula menjadi habuan. Kesian sungguh. Mungkin itu adalah
sekadar cereka dan mungkin Izuddin tidak kisah semua itu, namun pengajarannya ada di situ. terima kasih, terima kasih,
Terima kasih.
Hidup kena ada matlamat.
No comments:
Post a Comment