Bulan oktober sudah hampir sampai ke penghujungnya. bulan-bulan terakhir dalam setahun ni sinonim dengan musim tengkujuh. sinonim dan simile juga dengan musim peperiksaan. Hujan turun setiap hari dan berhenti sekejap sahaja pada suatu-suatu masa. Semangat nak study selalu dilunturkan oleh cuaca yang dah macam winter di Australia. sejukkk...
Merenungi luar jendela
Mengkagumi kebesaran yang Maha Esa
Hujan renyai-renyai turun tiada hentinya
Membasahi bumi dengan titisan air dingin bermakna
meremang bila bayu dingin menampar pipi
yang tidak ditutupi oleh pelindung diri
Baru ku menyedari penghujung tahun makin menghampiri
Maka, ku nilai lagi berfikir kembali
Masa yang lalu telah pun pergi
Moga hari esok masih sempat ku temui.
by: kembarahayat
Dalam kesejukan musim hujan dan kegementaran musim peperiksaan, sempat lagi saya singgah sebentar di Karnival Semarak Jawi 19-21 Oktober 2012 di Terengganu Trade Center.
dan ini salah satu program yang berlangsung di sana, Cinta Jawi Bersama Ustaz syed Tuan Mohd Norhisham Tuan Padang. Bersama beliau dan Ustaz Azman atau lebih dikenali sebagai Ibnu Ahmad Kurawi. Walaupun terlepas program ni kerana kelewatan saya ke sana. sempat juga berjumpa dengan mereka. (hey, ni lah kembarahayat rupanya..lama dah nak kenal.
Allah..Allah..Ya Allah
Allahumma saiyiban nafi'an,
Ya Allah jadikanlah hujan ini sebagai hujan yang bermanfaat
(HR Muslim)
Allahummarzuqna fahmannabiyyina wahifzol mursalin wai'ma'nalmuttaqin ya arhamarrahimin
Wahai, Tuhanku, kurniakan kami kefahaman para nabi, hafalan para rasul, iman orang-orang yang bertakwa, Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih
Doa ketika hujan dan doa mohon kefahaman terutama sekali semasa mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan khususnya. Selamat berjaya kepada semua yang bakal menduduki peperiksaan.
Assalamualaikum..
Hidup Kena Ada Matlamat

No comments:
Post a Comment