I feel like writing. I open my laptop (it’s new), crawling
on the bed, betulkan bantal, menyandar dengan selesa, dan menunggu layar
desktop muncul di skrin laptop. Oleh sebab laptop baru, cepat saja paparan di
skrin keluar. Mana pergi laptop lama? Dah nama pun lama, ‘dia’ sakit dan sudah
berhenti beroperasi Harga baiki hampir
sama harga dengan sebuah laptop baru. Jadi, dengan izin duli yang maha mulia
raja-raja bonda dan ayahanda, saya mengebumikan dia dan mencari pengganti. Sambil
fikiran menerawang mengingatkan kenangan indah bersama laptop lama, saya klik
dua kali di ikon Microsoft Word dan paparan kosong keluar.
Tanpa ada draf atau plan, kekunci-kekunci keyboard ini ditekan dengan tak seberapa laju sampai siap satu perenggan yang mengandungi hampir 100 patah perkataan. Bilangan perkataan di Microsoft senang dilihat di bahagian bawah skrin. Butang enter ditekan dengan semangat yang jitu untuk meneruskan perenggan seterusnya. Tetapi, apa yang menghairankan, jari-jari saya tiba-tiba berhenti. Mata berlari sepintas lalu membaca kembali ayat-ayat di perenggan pertama. Apa ni? This is not good. This is not to be published here. I just should keep it to myself. Reverse…..kekunci backspace ditekan. Semua perkataan hilang dalam sekelip mata. Dan..
“Yatiiii..! tido nuh!”. Erk, okay. Done. Suara umi sudah berbunyi. Kena patuh. Shut down. Baik umi. Tido. Kesimpulannya, nak tulis sesuatu, especially esei, kena ade draf, paling tidak, sudah ada draf dalam kepala. Itu sahaja. Assalamualaikum.
Hidup kena ada matlamat.
No comments:
Post a Comment