Praktikum adalah sesi di mana segala macam teori yang
dipelajari dalam kuliah selama beberapa tahun atau semester diaplikasikan dan
dipraktikkan dalam dunia sebenar. Untuk praktikum pertama ini, saya dicampak ke
SKTT. Sekolah Kebangsaan Tebing Tembah, SKTT (‘Tembah’ dibaca dengan ‘e’ pepet
seperti dalam perkataan ‘bengkok’) berada di lokasi berdekatan dengan kawasan
perindustrian Paka. Kawasan perindustrian minyak. Jadi, kalau jalan-jalan kat
sana memang akan jumpa banyak pekerja yang pakai uniform pelbagai warna
mengikut syarikat minyak yang berlainan pergi dan balik dari tempat kerja
masing-masing. Tambahan pula dengan kereta, motor, lori, bas dan segala macam
kenderaan yang semuanya bergerak laju mengejar apa pun saya tak tahu. Apa yang
pasti, sekolah yang mempunyai jumlah guru seramai 28 orang (2014) ini menjadi
mukadimah dan pemula praktikum saya. Selama sebulan, atau setepatnya, 4 minggu saya
menimba pengalaman di sini. Sebulan boleh jadi lama atau sekejap semuanya atas
diri sendiri.
^^ Tengok gambar sket.
Wakil Tilawah Al Quran Negeri Terengganu |
Perhimpunan Ahad |
Zulhilman dan Zulhilmi |
Lastly, cikgu cikgi SKTT |
Dengan harapan praktikum seterusnya akan lebih baik.
Hidup kena ada matlamat.
No comments:
Post a Comment