Semalam atau marim yakni 13 Julai 2012, saya singgah
sebentar di sebuah stesen minyak untuk
membeli roti untuk menyambung sumber
makanan yang berterusan diasrama nanti. Hal ini demikian kerana hidup di asrama
sangat sinonim dengan roti dan biskut. Pada masa tiada makanan yang boleh
disumbat ke dalam perut, roti dan biskut lah penyelamatnya. Sebagai pengguna
yang berhemah, saya memastikan dulu tarikh luput atau expiry date supaya saya
dan sekutu-sekutu saya tidak tersalah makan makanan yang mungkin beracun
akibaat daripada dah tamat tempoh. Inilah yang saya nampak pada tag roti
tersebut dan semuanya mempunyai tarikh yang sama.
Mak aih! Macam mana ni. Hari ni dah 13 Julai. Tarikh expired
July 12. Dah sehari dah roti ni tamat tempoh. Entah-entah dah berkulat. Masih
lagi nak jual ke? Tambahan lagi, semua roti atas rak yang sama menunjukkan
tarikh yang sama. Isy, takkan lah tuan kedai tak perasan. Ni kalau aku report,
mau kena saman. Begitulah serba sedikit omelan dalam fikiran saya pada masa tu.
Dan saya terus berlalu pergi tanpa membeli dan tanpa mengatakan apa-apa kepada
sesiapa. Vroomm…!
15 Julai 2012, saya singgah lagi stesen minyak dalam
perjalanan balik ke kampus. Motif utama: ROTI. Kali ini, saya betul-betul
memastikan agar saya tidak membeli roti yang dah tamat tarikh luput. Dibelek-belek
jugak tag roti tu.
GUNA SBL 18 JUL 12
Pada masa itulah baru saya perasan bahawa angka 12 yang
tertera menunjukkan angka tahun ini iaitu 2012, dan bukannya 12 Jul. Patutlah
semua roti di kedai dah expired. Mungkin saya perlukan cermin mata lepas ni.
Dan misi untuk menggantikan stok roti saya berjaya, Cuma perlu lebih memerhati
selepas ini. (Sambil menyuapkan roti ke mulut)
Hidup Kena Ada Matlamat