Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 30, 2011

Teruja jumpa kawan, sahabat

Jangan sia-siakan persahabatan

Sabtu ini, 2 Jun 2011. Satu pertemuan dengan seorang sahabat lama yang tak pernah saya jangka akan berlaku secepat ini. Hampir dua tahun tidak bersua face to face, apa yang mengujakan mengenai pertemuan ini, saya akan melihatnya dalam versi yang baru, yang lebih muslimah. Bukan ingin saya berlagak alim,mengatakan saya lebih baik dari dia. Saya juga masih kekurangan dalam mengamalkan suruhan Allah namun, masih akan mencuba untuk memperbaiki diri.

Sahabat yang dulunya sering jugalah saya ajak agar sama-sama kami berubah ke arah cara hidup yang lebih baik. Sama-sama bertahan dengan pelbagai jenis dugaan yang mungkin membawa kami ke arah yang salah bersama rakan-rakan yang lain.

Benarlah hidayah milik Allah. Sahabat ini seorang yang baik tapi mungkin hidayah dari Allah belum sampai sepenuhnya kepadanya. Walaubagaimanapun, sentiasa tersenyum dan ceria hampir setiap masa, dia menghargai setiap orang yang bernama “kawan” baginya. Saya salah seorang daripada kelompok itu.
Tapi kini Alhamdulillah syukur saya panjatkan kepada Allah s.w.t, sahabat itu kini sudah jauh berubah. Semakin matang dengan dengan tinta2 yang dipaparkan dalam laman sosial. Tinta2 yang lebih menjurus kepada mengingati Allah s.w.t. bicara yang lebih lembut di telefon menggambarkan perubahan itu. Cara berpakaiannya adalah perubahan yang paling jelas dilihat padanya. Tersenyum seorang apabila saya melihat gambar terbarunya. Lebih ayu dengan tudung litup di kepala. Alhamdulillah

Moga pertemuan biasa yang akan berlaku di ibu negeri penyu itu nanti bukan setakat pertemuan kawan lama tetapi juga akan memberi manfaat kepada kami. Akan saya coretkan perihal pertemuan itu nanti di sini..=)

p/s mood terlalu baik, tulisan terlalu skema.

Monday, May 30, 2011

Marah: Emosi yang berapi

Grrr....!!  Marah,marah,marah.!!


Satu daripada emosi yang jarang benar melekat di badan saya. Sekalipun saya marah, tak akan ada orang tahu. Kalau saya marah, hampir tiada orang sekeliling yang akan menerima tempias kemarahan saya. (‘hampir’?, ok, maknanya akan ada juga yang terkena, TAPI akan cuba dielakkan) Saya lebih suka simpan sendiri kalau saya marah. (sebab itu muka jadi merah, urat rasa tegang, tangan terketar-ketar,dada jadi sesak...bahaya ni) Malah, salah satu hadis daripada hadis 40, ketika ada seorang pemuda yang meminta wasiat atau pengajaran daripada Rasulullah SAW, baginda bagi satu je nasihat yang ringkas namun tegas iaitu,

“Janganlah engkau marah”. (dan mengulanginya beberapa kali) –hadis riwayat Bukhari-

Dalam usaha mengikut nasihat baginda, adalah sesuatu yang dibuat untuk menghilangkan kemarahan tersebut. Marah tidak boleh disimpan lama-lama. Nanti ‘meletup’,susah diri, susah orang sekeliling. Dalam konteks lain, tak boleh kalau tak marah sebab memang perasaan marah ialah tabiat manusia yang tak dapat dihapuskan. Apa yang boleh dibuat ialah kawal kemarahan tersebut. Bagi saya pula, semasa marah, secara tak sedar saya akan

Lempar telefon. (sesuatu yang mula saya praktikkan sejak saya rasa nak beli telefon baru), perlakuan yang merugikan, kerana baru tadi saya lempar telefon saya dan telefon tu masih tak dapat digunakan. =’( (eh? Dah boleh beli telefon baru la ni maknanya?)

kemudian, menangis, air mata yang keluar masa ni ialah air mata yang keluar untuk menahan kemarahan, lagi baik buat macam ni daripada pergi pukul orang yang berkenaan (isy, jangan dibuat!)

mood bercakap hilang serta merta (sesiapa tegur akan dapat balasan yang dingin, huh)

ambil wuduk, istighfar. Astaghfirullahal’azim..(ingat Allah), kalu boleh mandi terus. Marah dari syaitan. Syaitan dari api. Nak padamkan api, kena guna air.

muhasabah diri. Interview diri sendiri, kenapa saya marah? Layakkah saya marah? Tenangkan diri.
Abu Dzar al Ghifari berkata : Rasulullah pernah berkata kepada kami, “Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri, maka hendaklah dia duduk untuk menghilangkan kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang, maka hendaklah dia berbaring”
Kalau tak hilang juga, baik tidur je. Nanti bangun, lupa semua.

Terfikir juga, kenapa saya tulis macam ini. Sebab saya marah? Memang saya sedang marahkan seseorang. Alhamdulillah, marah itu hanya sementara. Just forgive and forget. Saya harapkan kemaafan dari semua, dan saya sentiasa maafkan kalian. Tapi, walaupun memberi kemaafan itu senang, jangan fikir saya boleh melupakannya sesenang minum air teh o. (Macam ayat membunuh je ni..eh, tak..)
Jangan biarkan syaitan merajai hati kita dengan membuat kita marah. Syaitan sangat suka kita marah. Berfikir dengan waras dan jangan buat tindakan yang boleh memakan diri. Jiwa yang tenang datang dari akal yang sihat.
Hidup kena ada matlamat.

Rujukan: Mustapha Abdul Rahman, Hadith 40 (Terjemahan dan syarahnya)  

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Wow! Rasa macam best je. Mungkin sebab dah lepas satu beban yang rasanya taklah berat sangat tapi sebab nama dia “assignment”. Rasa sangat lega.

Ok, satu lagi sebab ialah esok Hari Guru ataupun Teacher’s Day. Tiap-tiap tahun Malaysia sambut Hari Guru pada 16 Mei. Saya tidak pasti jika ada negara lain yang menyambut hari guru. Setakat ini dalam pengetahuan saya, tidak pernah lagi ada negara lain yang sambut hari guru.(kalau ada bagitau saya ye.)
Jadi, apa kaitan hari guru dengan saya? Ada kaitannya. Kaitannya sebab saya pergi sekolah dan di sekolah saya belajar daripada guru-guru. Sejak dari tadika sudah ada guru yang mengajar. Kalau nak kira berapa ramai guru yang mengajar sepanjang persekolahan (tak termasuk pergi tuisyen merata-rata), memang ramai guru yang dah mengajar saya.

Pekerjaan sebagai guru nampak senang. Masuk kelas, mengajar, keluar. Mungkin itulah kerja guru pada pandangan seseorang yang tidak pernah berpengalaman sendiri dalam bidang ini. Hakikatnya, kerja guru lebih daripada itu.
Walaubagaimanapun, kerja guru bagi saya adalah paling susah tetapi mulia. Tambahan lagi guru sekolah rendah kerana  selain ibu bapa, guru orang kedua yang bertanggungjawab mencorakkan generasi masa depan. Kanak-kanak pada umur sekolah rendah mudah meyerap segala input yang mereka dapat pada waktu ini. Manakala pelajar sekolah menengah pula masih tercari-cari identity diri mereka dan suka mencuba sesuatu yang baru. Sekolah antara tempat bagi mereka dapat pengalaman daripada suasana sekeliling mereka.
Dalam silibus di sekolah, bukan pengetahuan akademik saja yang harus diajar oleh guru. Mereka juga perlu menyelitkan nilai-nilai murni dalam pembelajaran. Sebab tu cikgu selalu pesan, hormat mak ayahlah, salam mak ayah sebelum pergi sekolahlah, baca doa sebelum makanlah, sembahyang jangan tinggal, senyum selalu dan nasihat-nasihat lain. Kalau diikutkan, tak perlu seorang guru pesan macam tu. Tak ada dalam silibus pun. Tapi, itulah antara tanggungjawab seorang guru terhadap murid-murid mereka.
Besar tanggungjawab tu. Kalau jadi apa-apa yang tak elok kepada mereka pada masa hadapan, guru pun kena tanggung saham perbuatan mereka. (isy, sampai ke situ pulak)
Hormatilah guru-guru anda. Ada  masanya nanti kita akan gunakan ilmu yang diberi oleh guru-guru  kita untuk kebaikan.

Dengan ini, saya ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru saya di Taski Al-Ain, SK Tanah Merah, SK Pusat Jerteh dan SMK Tengku Mahmud dan pensyarah-pensyarah yang sedang mengajar saya sekarang. Berkatilah ilmu yang telah dicurahkan. Akan saya gunakan sebaik-baiknya segala ilmu yang saya peroleh selama saya hidup ni..InsyaAllah.

Tema hari guru 2011: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.