Untuk kedua kalinya, program praktikum kali ini memberi masa yang lebih panjang daripada yang sebelumnya. Dua bulan termasuk cuti hujung minggu dan cuti cuti yang sewaktu dengannya. Kali ini Sekolah Kebangsaan Jenang jadi sasaran. Pertama kali dengar nama sekolah ni yang berada dalam daerah Marang, Terengganu. Nama Jenang asalnya dari Kampung Jenang lah kot. Kalau sebelum ni sekolah praktikum saya di kawasan bandar, SKJ ini pula jauh panggang dari api. Dari jalan besar masuk simpang Ajil, konar situ, konar sini, selekoh tajam selekoh tumpul, akhirnya sampai ke... simpang Kampung Jenang dan SKJ berada 4 kilometer lagi di hadapan. Nyaman, sunyi, jarang sekali kedengaran enjin kenderaan malah hampir tiada pun. Apa yang menarik, sekolah ini dipenuhi dengan majoriti murid-murid sekolah dari Kampumg Jenang semata-mata. Ice breaking yang saya lakukan terasa bosan kerana semua murid adalah dari kampung yang sama. Kalau ada murid yang tinggal jauh sikit, memang sah, dia anak cikgu.
Sekolah lama, bangunan baru. Kelas besar, murid sikit. Pertama kali saya masuk ke kelas di mana muridnya hanya 7 orang (Darjah 4 2014). Keseluruhan murid berjumlah 76 orang (2014). Terkesima. Awesome tapi cabaran tetap ada. Jumlah yang sikit inilah yang membuatkan hubungan antara semua ahli SKJ lebih rapat. Semoga terus kekal begitu.
Hidup kena ada matlamat.